Monday, January 11, 2010

LATAR BELAKANG PROJEK

PENGENALAN

· Lokasi projek

213 Felda Bukit Goh, 26050 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

· Kuantiti Ternakan Sekarang

Januari 2010 - 40KG

· Jenis cacing yang diternak

- ANECIC
- EPIGEIC


· Latar belakang industri dan trend pasaran

Baja vermikompos dan baja vermiliquid telah terbukti mampu memberi kesan yang lebih baik kepada semua jenis tanah dan tanaman. Baja ini sesuai untuk permulaan tanaman kerana kandungan di dalam baja ini mampu membantu mengurai tanah menjadi baja yang tidak tersedia kepada baja tersedia. Kesan paling ketara kepada pokok orkid, pokok berubi, pokok sayuran, pokok limau dan kunyit membuktikan bahawa baja ini mampu menyelesaikan masalah ketidak suburan tanaman apabila orkid tidak pernah berbunga telah berbunga, sayuran berdaun hijau berkilat dan lebar dan pokok berbuah rimbun.
( Berdasarkan maklumbalas pengguna dan khidmat nasihat Pegawai Penyelidik Prinsipal MARDI; Dr Mahamud Shahid )

Di Malaysia, DBKL ( Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) menjadi perintis dalam menggunakan cacing ini untuk mengurangkan sisa organik. Kaedah ini diakui sendiri oleh pihak DBKL bahawa mampu mengurangkan kos, tidak memerlukan teknologi yang tinggi, mudah dilaksanakan (tidak perlu kemahiran) dan sisa organik tersebut boleh menjadi baja organik yang bermutu tinggi. (Diambil daripada laporan The Star, 5 Dis’09)

No comments:

Post a Comment