Tuesday, February 9, 2010



Pekerja menyediakan sample untuk kajian Jabatan Pertanian

LAWATAN JABATAN PERTANIAN

En. Manap mengambil sampel baja vermi liquid dan vermi compos


En. Halim melawat tapak penternakan cacing di rumah pengusaha ternakan.



Monday, February 8, 2010

EVENT

LATEST EVENT

Monday, January 11, 2010

Baja Vermikompos dan Vermiliquid


Baja Vermiliquid
Kelebihan Produk

-Mengandungi tenaga dan elemen lain yang membina kesuburan tanah, menambahkandungan
air dan membaik pulih struktur tanah.
- Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.
- Traces Element yang terdapat pada baja organik ini membantu membina sistem perlindungan
terhadap penyakit dan kawalan dari serangan serangga perosak.
- Vermikompos mengandungi Nitrogen, Phosphorous dan Potassium lebih tinggi di antara 5 – 11
kali ganda berbanding kompos biasa.
- Bersifat 100% mesra alam dan membantu ke arah persekitaran yang sihat.
- Merupakan alternatif terbaik menggantikan penggunaan baja kimia.
- Mampu mencegah serangan hama dan lalat putih pada pokok dan tidak menyebabkan
keasidan pada tanah.

HARGA JUALAN

1 Kilogram vermikompos RM 2.00

MEDIUM KAMI

Tinja Kambing 50%
Habuk sabut kelapa ( cocopeat ) 50%

KAEDAH PENTERNAKAN

1kilogram cacing mampu makan 500gram sehari.
Sisa yang boleh dikumuh oleh cacing adalah daripada sisa buangan organik iaitu sisa dapur, sisa kandang, sisa pertanian dan sisa industri.

Cacing amat sensitif kepada makanan yang mengandungi racun, asid, minyak, masam, panas/pedas, getah, kimia, tulang, daging dan produk tenusu.

Bahan-bahan makanan perlu distabilkan dan dibiarkan beberapa hari supaya sejuk dan tidak menapai (fermentasi) serta perlu dipotong halus-halus

LATAR BELAKANG PROJEK

PENGENALAN

· Lokasi projek

213 Felda Bukit Goh, 26050 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

· Kuantiti Ternakan Sekarang

Januari 2010 - 40KG

· Jenis cacing yang diternak

- ANECIC
- EPIGEIC


· Latar belakang industri dan trend pasaran

Baja vermikompos dan baja vermiliquid telah terbukti mampu memberi kesan yang lebih baik kepada semua jenis tanah dan tanaman. Baja ini sesuai untuk permulaan tanaman kerana kandungan di dalam baja ini mampu membantu mengurai tanah menjadi baja yang tidak tersedia kepada baja tersedia. Kesan paling ketara kepada pokok orkid, pokok berubi, pokok sayuran, pokok limau dan kunyit membuktikan bahawa baja ini mampu menyelesaikan masalah ketidak suburan tanaman apabila orkid tidak pernah berbunga telah berbunga, sayuran berdaun hijau berkilat dan lebar dan pokok berbuah rimbun.
( Berdasarkan maklumbalas pengguna dan khidmat nasihat Pegawai Penyelidik Prinsipal MARDI; Dr Mahamud Shahid )

Di Malaysia, DBKL ( Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) menjadi perintis dalam menggunakan cacing ini untuk mengurangkan sisa organik. Kaedah ini diakui sendiri oleh pihak DBKL bahawa mampu mengurangkan kos, tidak memerlukan teknologi yang tinggi, mudah dilaksanakan (tidak perlu kemahiran) dan sisa organik tersebut boleh menjadi baja organik yang bermutu tinggi. (Diambil daripada laporan The Star, 5 Dis’09)

TUJUAN

Menternak cacing secara komersial bagi memperolehi baja vermikompos, baja vermiliquid, pembiakan dan penjualan cacing.